Assalamualaikum....ingat tak harituh nak tau tak cara-cara nak mereka pakaian ikut syle kita tersendiri....jangan takut...yang tak pandai lukis pun tak mengapa, janji boleh skit2 lukis jadila ya :) apa lagi???JUMMM!!!
Mula-mula nak design kene ade corquis ataupun template macam ni....
Ada banyak jenis croquis ni....boleh google & cari yang sesuai untuk kita mereka pakaian...Okeh, ada 2 cara nak melakar menggunakan croquis ni iaitu :
1. Menekap di atas croquis menggunakan kertas surih
2. Melakar terus design kita di atas croquis
Mudah bukan????!!!!!!
Jum kita tgk beberapa video melakar fesyen nak? have fun! be creative & innovative guys!
Thursday, 15 November 2012
TEKSTUR FABRIK TEKSTUR FABRIK DITENTUKAN OLEH JENIS GENTIAN, PEMBINAAN DAN KEMASAN YANG DIBERIKAN....
CIRI, KESAN & CONTOH FABRIK
JENIS
FABRIK
KESAN
CIRI
SATIN,
BERLABUCI
KELIHATAN LEBIH GEMPAL
BERKILAT
FLANNEL,
GINGHAM
KELIHATAN LEBIH KECIL
KUSAM
ORGANZA,
ORGANDI
KELIHATAN LEBIH BESAR
LUTSINAR
DENIM,
KANVAS
KELIHATAN LEBIH BESAR
KASAR
TAFFETA
KELIHATAN LEBIH BESAR
TEGANG
BENANG
BULU
KELIHATAN LEBIH BESAR
TEBAL
KORDUROI,
DRILL
MELINDUNGI BENTUK BADAN BERMASALAH
LEGAP
GARISAN & CANTUMAN
TERDAPAT TIGA JENIS GARISAN DAN CANTUMAN YANG BIASA DIGUNAKAN UNTUK MEMBERIKAN KESAN ILUSI KEPADA BENTUK BADAN IAITU:
GARISAN MENEGAK - CONTOH GARISAN PUTERI, SESUAI UNTUK BADAN TINGGI & GEMPAL
GARISAN MENDATAR - CONTOH GARISAN EMPAYAR & BAHU MENDATANG, MEMBERIKAN KESAN ILUSI LANGSING KEPADA SI PEMAKAI
GARISAN MENYERONG - MENAMPAKKAN SI PEMAKAI LEBIH LANGSING
*** GABUNGAN GARISAN MENEGAK & MENYERONG MEMBERIKAN KESAN ILUSI LANGSING & TINGGI
*** GABUNGAN GARISAN MENYERONG & MENDATAR MEMBERIKAN KESAN ILUSI LEBIH LEBAR
GARIS LEHER
BEBERAPA CONTOH GARIS LEHER.....
GARIS LEHER JUGA BOLEH DIGANTIKAN DENGAN KOLAR UNTUK MENYESUAIKAN DENGAN BEBERAPA STAIL PAKAIAN.
KOLAR BOLEH DIKATEGORIKAN KEPADA TIGA JENIS IAITU:
KOLAR RATA ( CONTOH KOLAR PETER PAN & KOLAR KELASI )
*** GARIS LEHER & KOLAR MEMBERIKAN KESAN ILUSI PADA BAHAGIAN LEHER & MUKA.
*** GARIS LEHER U, V, SEGIEMPAT SESUAI UNTUK YANG BERBADAN TINGGI & GEMPAL KELIHATAN KURUS
*** MANAKALA GARIS LEHER V, SEGIEMPAT & SAMPAN SESUAI BAGI YANG BERBADAN RENDAH & GEMPAL SUPAYA KELIHATAN LANGSING & TINGGI
*** GARIS LEHER U DAN BENTUK SAMPAN SESUAI UNTUK ORANG YANG BERBADAN RENDAH & KURUS AGAR KELIHATAN TINGGI & GEMPAL..
SO, GARIS LEHER & KOLAR YANG MANAKAH SESUAI UNTUK ANDA????
LENGAN
LENGAN MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA BAJU. GARIS LENGAN TERBAHAGI KEPADA DUA IAITU :
GARIS LENGAN YANG DICANTUM & ( CONTOH LENGAN PADANAN RATA, GELEMBUNG, BISYOP, KAKI KAMBING & RAGLAN )
GARIS LENGAN TANPA CANTUMAN ( LENGAN DOLMAN, KIMONO & MAGYAR )
*** ORANG YANG BERBADAN TINGGI DAN LANGSING SESUAI MEMAKAI BAJU YANG BERLENGAN GELEMBUNG, BISYOP, KAKI KAMBING, KIMONO DAN MAGYAR KERANA AKAN MENAMPAKKAN LENGAN SI PEMAKAI BERISI ATAU GEMPAL
*** MANAKALA BAGI ORANG YANG BERBADAN RENDAH & KURUS, LENGAN KAKI KAMBING, GELEMBUNG DAN BISYOP AMAT SESUAI UNTUK KELIHATAN TINGGI DAN GEMPAL
*** LENGAN PADANAN RATA & LENGAN RAGLAN TIDAK MEMPUNYAI GELEMBUNG
ANDA JENIS LENGAN YANG MANA?HMMM....AGAK2 DAH BOLEH NAK LAKAR STAIL PAKAIAN SENDIRI TAK???
JUM LAYAN FASHION SHOW JAP...MOGA TERHIBUR!
Tuesday, 13 November 2012
WARNA
RODA WARNA
Warna memberikan kesan ilusi pada bentuk badan. Terdapat tiga kategori warna, iaitu terang, lembut dan gelap. *** Warna GELAP pula jika dipadankan dengan warna LEMBUT akan menampakkan seseorang kelihatan lebih PENDEK. AWAS!
Warna gelap : seperti biru, hijau dan ungu akan menyerap cahaya dan menampakkan orang yang GEMPAL kelihatan lebih LANGSING.
Warna lembut : seperti biru muda, ungu, hijau muda dan turqoise sesuai untuk orang yang KURUS kerana akan menampakkan seseorang lebih gempal
Warna terang : hasil daripada merah & kuning menampakkan orang yang KURUS kelihatan gempal
CORAK
Corak adalah motif pada fabrik yang beraneka seperti garisan, bunga, bentuk geometri, genggang ( berjalu-jalur/ dam ) dan lain-lain bertujuan mengenal fabrik. Pilihan corak yang sesuai akan menghasilkan pakaian yang menarik, nilai estetika yang tinggi, serta memberikan kesan ilusi kepada bentuk badan.
CORAK KECIL AKAN MENAMPAKKAN SESEORANG KELIHATAN LEBIH KURUS DAN LANGSING. WOWWWW!!!!!
CORAK MELINTANG AKAN MENAMPAKKAN SESEORANG KELIHATAN GEMPAL DAN RENDAH. BETUL! PERCAYALAH! :)
CORAK BESAR AKAN MENAMPAKKAN SESEORANG KELIHATAN LEBIH GEMPAL. HMMM.....
CORAK TEGAK MENAMPAKKAN SESEORANG KELIHATAN TINGGI DAN LANGSING. CUBALAH!!
Anda tahu jenis bentuk badan anda?
Nak tak melakar stail pakaian mengikut bentuk badan sendiri?
Adakah anda sendiri yang memilih pakaian sendiri ataupun orang lain?Stail pakaian yang anda sukai? Bagaimana pendapat sahabat handai tentang pemilihan stail pakaian anda???
Pemilihan pakaian menunjukkan cita rasa, nilai estetika dan nilai keperibadian seseorang.
Prinsip asas pemilihan pakaian ialah:
1. Bentuk badan
2. Corak
3. Warna
4. Tekstur
5. Rupa Fabrik dan
6. Garisan cantuman